Pages

Sunday, November 4, 2012

Mengapa Orang Tak Suka Blog Anda?

Anda pernah terfikir kenapa orang tak suka melawat blog anda? Antara sebab blog anda tidak disukai ataupun gagal menarik minat pembaca adalah:

Iklan pop-up
Kebanyakkan orang tidak menyukai iklan pop-up dan sudah tentu akan terus menutup laman blog anda.  
 
Terlalu Banyak Iklan
Iklan terlalu banyak di blog anda juga menyebabkan orang tidak menyukai blog anda. Walaupun iklan adalah perlu, tetapi bepada-padalah. Kebanyakkan blog berjaya  tidak meletakkan iklan yang terlalu   banyak di blog mereka. Ingat, tiada visitor, tiada lah income.

Blog Bercelaru
Pastikan blog anda sentiasa kemas dan mudah untuk diakses. Susunan yang teratur memudahkan  pengunjung. 

Kandungan Blog Tak Bermutu
Kandungan blog yang tak bermutu sudah tentu tidak akan menarik minat pembaca. Pembaca memerlukan maklumat ataupun info yang menarik dan bermutu. Inilah sebabnya mengapa anda perlu tulis sendiri artikel anda. Kandungan yang unik juga disukai oleh "search engine". 


1 comment:

  1. Terima kasih atas perkongsiannya ini.
    Terima kasih pula telah vote blog saya.

    ReplyDelete